Читать книгу: «Bayangan Cinta», страница 2
“Baiklah,” kata duchess itu. “Sekiranya saya tidak dapat jumpa kamu sebelum kamu pergi, selamat menempuh perjalanan.”
Dengan kata-kata itu, Anya tinggalkan bilik itu. Masih banyak dia belum tahu, tetapi apa yang sudah dia ketahui cukup untuk membuatkan dia terkedu. Ini tidak bagus... langsung...
3
BAB 3
Oktober 1933
Anya merenung ke luar tingkap kereta dalam perjalanan dari stesen kereta api ke lokasi sementara kedutaan Amerika. Dia tidak tahu apa itu erti masa. Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana dia tidak berada di tempat asalnya. Semua orang percaya yang dia ialah Anastasia Wegner, anak perempuan kakitangan Duta Besar William Dodd.
Setahu Anya, dia tiada langsung persamaan dengan Anastasia. Ana tiada cita-cita yang tersendiri dan seorang anak perempuan yang patuh. Dia juga bersetuju untuk bertunang dengan seorang pegawai Jerman. Loya rasanya apabila memikirkan yang dia bakal berkahwin dengan seorang Nazi. Dia tidak dapat lakukannya. Ada satu sahaja persamaan dengan dirinya, satu sahaja: cincin berbentuk opal di jarinya. Ia serupa dengan tinggalan neneknya... dari corak daun floral di logam perak hinggalah ke opal yang berbentuk bulat.
Pada awalnya, dia tidak perasan akan persamaan itu. Dengan segala yang telah berlaku dari bangunnya dia dari tidurnya dan betapa sakitnya kepala Anya, dia terlepas pandang satu perhiasan yang Anya... Ana pakaikan. Mungkin ini kebetulan, tetapi dia tidak rasakan begitu. Ini cincin pertunangan Ana. Anya ingin membuang cincin itu dari jarinya dan lemparkan ia ke mana-mana tempat yang ia tidak akan dijumpai. Tetapi dia tidak boleh lakukannya. Ana yang patuh tidak akan lakukannya, maka Anya juga perlu menahan diri daripada melakukannya.
Dia menghembuskan nafasnya dan menutup matanya. Tidak lama lagi mereka akan tiba di kedutaan, dan Anya akan bertemu dengan ayah Ana. Perkara yang dia ketahui tentang ayahnya tidak membuatkan Anya berasa lega. Mungkin dia telah melakukan budi yang baik kepada Duke dan Duchess dari Weston, tetapi dia nampaknya memerintah rumahnya dengan cara yang kurang baik. Dia perlu menahan diri daripada bercakap lepas. Jika dia terlepas cakap perkara yang salah, dia mungkin akan menerima sebuah tamparan ke mukanya.
Perjalanan dengan Ida mengajarnya.
Selepas mereka meninggalkan rumah Duke dan Duchess, Ida telah bertukar menjadi wanita yang lain. Itu mungkin tidak berapa benar. Apa yang telah berubah adalah bagaimana dia percaya dia dapat memperlakukan Anya. Dia mengingati Anya tentang siapa yang lebih berkuasa dan jangan sesekali layaninya seperti yang Anya lakukan pagi itu. Arahannya mesti sentiasa dipatuhi atau dia akan beritahu perihal Anya kepada ayahnya – dan dia menyesalinya. Dia memandang Ida sepintas lalu – pengawalnya. Dia perlu fikirkan cara untuk mengelak Ida sebanyak mungkin. Dia perlu cari jalan pulang ke tempat asalnya dan keluar dari tubuh Ana, tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya.
“Kamu sedang berkelakuan baik,” kata Ida. “Inilah apa yang kamu perlu lakukan. Ayah kamu menaruh harapan bagimu.” Dia menepuk lengannya. “Perjalanan ke London memang diperlukan, tetapi kamu tidak asal disini. Perkahwinan kamu akan berlangsung dalam masa beberapa bulan lagi, dan kamu perlu biasakan diri dengan permintaan suami kamu.”
Anya hampir termuntah. “Ya, Ida.” Anya tidak lagi dapat menerima sebarang komen dari Ida. “Saya akan banggakan ayah.” Itu seperti sesuatu yang dia perlu katakan, tetapi itulah perkara terakhir yang dia ingin lakukan. Semakin dia pelajari tentang Edward Wegner, semakin dia membencinya.
Kereta itu berjalan jauh dan akhirnya berhenti di hadapan sebuah bangunan yang besar yang mempunyai pagar tinggi kelilinginya. Mereka menanti untuk pagar itu dibuka, dan kemudian mereka masuk ke dalam. Kereta itu berhenti sekali lagi di pintu masuk. Tiba masa untuk dia berhadapan dengan segala yang dia ingin hindari.
Dia keluar dari kereta itu dan nantikan Ida. Apabila Ida sudah berada di sisi Anya, mereka berjalan masuk ke dalam kedutaan itu bersama-sama. Ini adalah satu-satunya perkara yang dia bersyukur adanya Ida. Banyak pendapatnya tentang pembantu rumah ini. Setelah mereka ke dalam, seorang lagi pembantu rumah menyambut kedatangan mereka. “Cik Anastasia,” lelaki itu menyambutnya. Dia berpakaian serba hitam. Rambut hitamnya hampir sama warna dengan sutnya, dan matanya yang berwarna biru kelabu terserlah. Warna unik itu seperti dia kenali. Dia tidak dapat pandang tempat lain, terpegun dengan kecantikan matanya. “Saya ditugaskan untuk menjadi pengawal kamu. Kamu tidak dibenarkan untuk meninggalkan kedutaan ini tanpa saya, tunang kamu, atau ayah kamu.” Dia tiada keinginan untuk keluar ditemani sesiapapun. Jika dia ingin keluar, dia akan cuba pastikan ia bersama pengawal barunya.
Anya menarik muka. Bagus. Sekarang dia mempunyai lagi seorang yang akan ikutinya ke mana sahaja. Dia menelan air liurnya dan mengangguk. “Saya faham... Encik...” Sudahkan dia memperkenalkan dirinya? Anya tidak dapat ingat ketika itu.
“Arthur Jones,” katanya dengan nada hambar. Dia terus memanggung kepalanya dan tidak bergerak walaupun seurat. “Cik.”
Dia seorang askar. Ini sesuai bagi seorang pengawal. Anya tidak memarahinya. Jones hanya melakukan tugasnya, tetapi itu tidak bermaksud Anya sukakannya. “Encik Jones,” katanya lalu tersenyum. “Saya tiada langsung niat untuk meletakkan diri saya dalam bahaya. Ini adalah saat yang berbahaya di Jerman, dan saya tidak ingin menjadi korban. Terima kasih kerana melakukan tugas kamu untuk memastikan saya selamat.”
Dia diam sejenak sebelum berkata, “Ya, cik.” Adakah dia ingat Anya akan merungut? Anastasia adalah seorang wanita sejati tanpa memerlukan pangkat Lady. Ana tahu apa yang dia diharapkan. Ida pastikan Ana tahu tempatnya dalam perjalanan ke Jerman. Ketika itulah ketegasan Ida menjadi jelas dan Anya cepat-cepat pelajari yang dia perlu simpan segala isi hatinya. “Baiklah,” dia mula berkata. “Izinkan kami pergi dahulu.” Dia memberi isyarat kepada Ida. “Perjalanan tadi sungguh jauh, dan saya ingin berehat.” Apa yang dia tidak katakan adalah dia perlukan masa untuk dirinya. Jika dia tidak ke biliknya, Ida tidak akan tinggalkannya sendirian. Dia tidak akan berasa bagaikan setiap gerak gerinya diperhatikan.
“Semestinya,” Jones berkata dan mengangguk. Dia memberi laluan kepada Anya dan Ida supaya mereka boleh bergerak melaluinya. Dia tidaklah sebegitu tampan, tetapi ada tarikannya. Di zaman yang lain, mungkin dia akan berminat dengannya.
Ana ingin memandangnya lagi sekali, tetapi dia berikan tumpuan kepada apa yang berada di depannya. Jika dia menunjukkan minat terhadap Arthur Jones, Ida akan pergi dan beritahu akannya. Lagipun, tiada apa pun akan berlaku. Anya tidak asal dari sini, dan Ana sudahpun mempunyai seorang tunang.

Anya merenung ke luar tingkap biliknya. Sudah seminggu dia berada di Jerman dan dia masih belum dapat jawapan bagaimana untuk pulang ke tempat asalnya. Dia mungkin perlu berputus asa dan menetap di sini. Mungkin dia boleh lakukan sesuatu yang produktif dengan masa yang dia ada pada tahun 1933 ini. Sebuah peperangan yang dasyat bakal berlaku dan ribuan akan berkorban nyawa. Jika boleh, dan jika dia cukup berani, dia mungkin dapat menyelamatkan beberapa orang yang menjadi sasaran kerajaan Nazi.
Mungkin itu sebab dia dihantar ke sini?
Anya mengeluh. Jika dia ingin melakukan perubahan, dia perlu keluar dari biliknya terlebih dahulu. Dia tidak akan dapat membantu sesiapa jika dia terus bersembunyi, terutama dirinya. Dia boleh pergi minta Arthur Jones untuk temaninya untuk keluar dari kedutaan ini. Satu-satunya perkara baik tentang mempunyai seorang Nazi sebagai pasangan tunang ialah dia dapat perlindungan. Tiada siapa akan mencurigai yang dia akan tolong orang Yahudi melarikan diri dari penganiayaan. Masalahnya sekarang adalah Anya tidak tahu bagaimana dia boleh cari dan tolong mereka yang memerlukan. Sekiranya dia dekati orang yang salah, dia boleh dibunuh atau lebih teruk. Ada perkara yang lebih teruk dari mati...
Dengan satu keluhan, dia berpaling dari tingkap dan bergerak ke arah pintu dan menarik ia buka. Jika dia ingin terus hidup, dia perlu ambil langkah pertama. Dia berjalan menyusuri lorong dan menuju ke pejabat ayah Ana. Memikirkan dia sebagai ayah Ana membuatkan perihal ini lebih formal dan tidak nyata baginya. Dia betul-betul tidak sukakan lelaki itu. Dia lebih kurus dari yang dia jangkakan. Anya masih belum berjumpa tunangnya, Dierk Eyrich. Dia berada luar bandar, sedang melakukan pemeriksaan di sebuah kem konsentrasi. Mereka tidak memanggilnya tetapi Anya tahu. Ia adalah salah satu kem paling teruk yang pernah wujud dalam sejarah – Buchenwald. Bukanlah Anya katakan yang kem lain adalah bagus. Semuanya teruk, dan banyak nyawa terkorban.
Dia mengetuk pintu pejabat Edward Wegner. Seketika kemudian, dia bersuara, “Masuk.”
Anya masuk ke dalam dan tunggu untuk dia bercakap dengannya. Dia duduk di belakang sebuah meja tulis mahoni yang besar, sedang menulis. Selepas beberapa saat membisu yang janggal, dia memanggung kepalanya. “Apa yang saya boleh lakukan untukmu, Anastasia?”
“Saya ingin meminta kebenaran untuk hadiri sebuah opera malam ini.” Dia rasa bagai ada sesuatu yang tersekat di tekaknya, dan dia cuba untuk menelannya, tetapi ia dengan degil kekal disitu. “Teater Negeri Berlin akan mengadakan sebuah persembahan terakhir Die Meistersinger von Nürnberg oleh Richard Wagner malam ini.” Anya ada terdengar isteri Duta besar menyebut tentang persembahan opera itu. Duta besar dan isterinya telah menerima jemputan tetapi mereka menolaknya.
Dia tidak langsung memandang Anya ketika dia mula bersuara, “Dierk tiada di sini untuk mengiringi kamu, dan saya tidak mahu menonton opera. Saya terlalu sibuk.” Dia kembali menulis dengan tekun. “Ini tidak penting. Cari benda lain untuk mengisi masa kamu. Apabila Dierk kembali, dia boleh melayani kamu.”
Anya perlu meyakinkannya. Pergi ke opera itu adalah langkah pertama dia boleh ambil untuk capai matlamaynya. Dia perlu sesuaikan diri dalam masyarakat Jerman. Bagaimana lagi caranya untuk dia jalani rancangannya mengenai penangkapan orang Yahudi? Dia tiada cara lain untuk mendapat informasi. “Saya masih ingin pergi. Tak bolehkah Encik Jones temani saya? Dia pengawal saya kan? Dia akan pastikan saya selamat dan dilayan dengan baik.” Anya harap Encik Jones tidak kisah melihat beberapa propaganda Jerman. Ia pastinya akan menjadi agak memualkan. Dia harap Encik Jones bukanlah seorang penyokong Nazi seperti Edward Wegner.
Edward memanggung kepalanya dan menemukan matanya dengan Anya. “Kamu mesti nak sangat tonton opera ini? Apa yang kamu harap kamu dapat darinya?”
“Pencerahan,” kata Anya. Itulah jawapan paling mudah yang lelaki ini boleh faham. Dia mesti sangka yang kaum wanita tidak boleh berfikir dengan bernas. Lagipun, dia sanggup serahkan anak perempuannya kepada seorang Nazi untuk kebaikan sendiri.
“Kamu harap kamu dapat belajar sesuatu?” Dia tergelak kecil. “Kamu?” Edward Wegner menggelengkan kepalanya seolah-olah itu adalah idea yang paling mengarut. “Kamu seorang wanita yang mudah. Saya tak rasa kamu boleh dapat banyak pengetahuan daripada opera itu. Ia akan tembus keluar dari otak kecilmu.
Anya mengetap giginya. Dia memang sangat teruk. “Saya nak tengok dan dengar sendiri pesanan yang akan disampaikan oleh opera itu.” Dia tidak berbohong. Walaupun dia tahu itu adalah propaganda pihak Nazi, dia masih ingin mendengarnya. Idea disebaliknya adalah semoga ia boleh membantu Anya untuk lebih memahami dan pelajari bagaimana caranya untuk dia membantu mereka yang memerlukan.
“Kalau ia sebegitu bermakna untuk kamu,” dia mula berkata, “Saya akan aturkannya dengan Encik Jones.” Dia meletakkan pen nya. “Saya nak kamu hadir persembahan itu sahaja. Kamu akan keluar sejam awal dan pulang dengan segera.”
“Terima kasih, Ayah,” kata Anya sambil memandang lantai. Dia mesti harapkan anak perempuannya ada sedikit rasa rendah diri. Jika Anya memandang matanya terus, Edward Wegner pasti tidak akan bertindak dengan baik. Arahan Ida tepat. Ayahnya mengharapkan Anya untuk bertindak dengan cara yang tertentu, dan jika dia gagal berbuat demikian, dia akan menghukumnya. Ida juga dengan senang hati telah menerangkannya. Anya tiada sebab untuk tidak percayakan pembantu rumah itu jadi dia memberi tumpuan kepada segala kata-kata Ida. “Saya akan lakukan seperti yang kamu suruh.”
“Pastikan kamu patuhi,” katanya dengan tegas. “Sudah. Pergi. Saya ada kerja untuk disiapkan, dan kamu sudah cukup menganggu.” Dia tiada hormat kepada anak perempuannya. Apabila dia selesai berurusan dengan Anya, dia berlagak seperti Anya sudah keluar dari bilik itu. Anya harap dia boleh membantu Ana. Mungkin selepas dia membantu orang Yahudi di Jerman.
Anya mengangguk dan menoleh untuk keluar bilik – bukanlah macam Edward Wegner perasan. Lagipun, dia tiada apa-apa lagi untuk bercakap dengannya, dan dia perlu pastikan rancangannya berjaya tanpa sebarang gangguan. Ia memudahkan Anya yang tunangnya tiada... walaupun dia jijik dengan apa yang menyibukkan Dierk Eyrich. Dia akan memanfaatkannya sebaik mungkin, juga dengan pengetahuannya tentang kem itu jika boleh. Dia boleh berlakon menjadi baik dan tidak bersalah untuk membuatnya beritahu tentang perkara yang tidak patut. Anya bukan lah seorang pelakon, tetapi pastinya tidak susah kan?
Dia menyusuri turun lorong dan kembali ke biliknya. Memandangkan dia sudah ada kebenaran, dia patut bersiap sedia untuk petang itu. Bermula dengan gaunnya. Selepas dia tahu apa untuk dipakai, dia akan sediakan mandian dan pergi berendam. Ia bukanlah petang yang seronok, tetapi tidak bermaksud dia tidak perlu berhias diri.
4
BAB 4
Mandian itu sungguh menakjubkan. Anya berasa cergas dan bersedia untuk menghadapi malam di opera. Dia duduk di meja soleknya dan mengayakan rambutnya dengan apa yang dia harapkan sebagai gaya yang sesuai dengan zaman itu. Jika dia berada dalam tubuhnya sendiri, rambutnya tidak cukup panjang untuk digayakan. Warna rambutnya hampir serupa dengan rambut Ana tetapi itu sahaja lah. Rambut Ana panjang dan berwarna perang madu. Rambut Anya pula paras bahunya dan berwarna perang kemerahan. Nampaknya ayah Ana lebih sukakan warna rambut perang. Kepercayaan Nazi bahawa kaum Aryan adalah lebih hebat, rupanya memang sesuai... Bukanlah dia katakan bahawa fakta itu menarik, tetapi dia boleh gunakan kelebihan itu untuk membantunya.
Setelah rambutnya siap didandan, tiba masa untuk dia bersiap. Dengan teliti, Anya memilih pakaian yang tidak memerlukan bantuan Ida; syukurlah, kebanyakan pakaiannya tidak memerlukan bantuan pembantu rumah itu. Dia tidak tahu bagaimana Ana boleh berurusan dengannya setiap hari. Mungkin Ana sedar yang ia lebih mudah baginya jika dia tidak perlukan Ida untuk membantu dan mengarahnya sebegitu. Anya tidak pasti. Dia tidak begitu mahir dengan fesyen tahun 1930-an.
Gaun yang dia pilih untuk dipakai adalah gaun kain mesh merah jambu yang halus dan bersulam, di atas lapisan sutera yang sepadan. Ia kelihatan anggun dan mempunyai garis leher bulat dan berbutang tepi. Kain mesh yang bersulam itu terbelah ke bahagian bawah garis tengah, memberikan penampilan mewah. Anya sukakannya. Kadangkala, rasa seronok berhias diri dan keluar. Sudah lama dia tidak melakukan apa-apa yang gah seperti ini. Memandangkan sekarang dia tiada banyak pilihan dan dia bukanlah dirinya yang sebenar, dia berasa lucu kerana dia asyik bekerja keras dan lupa untuk berseronok.
Dia akhiri persiapannya dengan sepasang kasut bertumit tinggi berwarna merah jambu dan putih, bertali-T. Anya mengeluh dan memandang dirinya sekali lagi di dalam cermin. Dia masih tidak dapat biasakan diri melihat orang lain dan bukan dirinya. Mungkin selepas melakukan beberapa perkara baik, dia akan dikurniakan peluang untuk pulang ke tempat asalnya. Dia tiada tempat dalam era ini dan dia tidak mahu mengalami peristiwa Holocaust itu secara langsung. Ini adalah satu mimpi ngeri yang dia tidak dapat bangunkan diri.
Puas dengan apa yang dia lihat dalam cermin, Anya mengambil selendang berbulu putih dan meletakkannya di atas bahunya, lalu mengikat ia dengan riben sutera, kemudian keluar dari keselesaan biliknnya. Biliknya adalah satu-satunya tempat yang dia rasa selamat, dan di situ pun Ida menganggunya lebih kerap dari yang Anya suka. Arthur Jones pastinya sedang menanti Anya, dan dia tidak suka tiba lambat. Dia harap Encik Jones tidak marah yang dia terpaksa menghadiri sebuah opera dengannya.
Persembahan itu akan berbahasa Jerman, dan dia hanya tahu sedikit akan bahasa itu. Dia boleh faham beberapa perkataan, tetapi dia tidak pernah ingin pelajari bahasa itu betul-betul. Dia bersyukur dan geram yang dia tidak dapat faham sangat akan persembahan itu. Bersyukur kerana propaganda itu sungguh mengerikan, dan geram kerana ia menyukarkannya untuk curi-curi dengar perbualan.
Mungkin Encik Jones boleh bercakap sedikit bahasa itu... Adakah dia mahu tolong Anya mencuri dengar perbualan? Dia perlu tanya beberapa soalan dan lihat apa perasaannya tentang orang Jerman dan apa yang mereka lakukan kepada orang Yahudi. Dia tidak mengenali sesiapa dari zaman ini, dan dia tidak mahu melakukan sebarang kesilapan yang besar. Edward Wegner telah memilihnya sebagai pengawal. Pasti ada sebab dia percayakan Encik Jones. Perkara terakhir yang Anya mahukan adalah untuk Encik Jones pergi mengadu kepada lelaki yang menjadi ayahnya itu.
Ada beberapa bahagian dan pintu masuk ke kedutaan. Dia tidak perlu menggunakan pintu masuk utama kerana dia tinggal di dalam kediaman ini. Ini memudahkan Anya untuk keluar apabila dia dibenarkan untuk menjejak keluar dari kedutaan itu. Apabila dia tiba di ruang legar di bahagian kedutaan tempat yang dia tinggal, Encik Jones sudahpun menantinya. Dia memakai sut hitam, berkemeja putih, dan bertali leher hitam. Rambut hitamnya disikat ke belakang, membuatkan mata birunya tampil lebih jelas. Dia kelihatan sungguh menakjubkan. Nafas Anya tersekat dan dia perlu ingatkan dirinya untuk bernafas. Jika dia tidak berhati-hati, dia akan cepat terpikat dengan lelaki tampan ini.
“Kamu kelihatan cantik,” kata Encik Jones dan menghulurkan lengannya kepada Anya. “Kamu sudah bersedia untuk petang yang menyeronokkan?”
Anya menyambut lengannya dan mengangguk. “Semestinya.” Anya hampir terlupa untuk senyum. “Ia berasa sempit dalam kedutaan itu. Sedikit udara segar dialu-alukan.”
“Jika kamu mahu ke luar, kamu hanya perlu minta.” Encik Jones membawanya ke pintu dan mereka tinggalkan kedutaan itu. “Saya gembira untuk temani kamu ke mana sahaja kamu ingini.”
Anya gembira Encik Jones mahu berbuat sedemikian kerana dia mahu gunakan pelawaannya sebaik mungkin. Namun, dia lebih suka untuk lakukannya apabila tunangnya tiada di Berlin. Lebih masuk akal untuk Encik Jones temaninya. Dierk tidak sepatutnya pulang dalam masa seminggu lagi. Dia akan memanfaatkan ketiadaannya sebaik mungkin.
“Saya tak tahu jika ayah saya akan membenarkan.” Dia mengetap bibir bawahnya. “Dia terlalu melindung.” Dengan kata lain adalah suka mengawal dan mengongkong.
“Dia ada sebab untuk berbuat begitu. Ia agak berbahaya di Jerman kebelakangan ini.” Dia melepaskan lengan Anya untuk membuka pintu baginya. Encik Jones menunjukkan ke arah tempat duduk, dan Anya masuk ke dalam kereta. Dia menutup pintu dan pergi ke arah tempat duduk pemandu. Sebaik sahaja dia berada di dalam kereta, dia mula berkata-kata sekali lagi, “Saya akan pastikan kamu selamat. Saya janji. Kalau kamu nak, saya boleh bawa kamu bersiar-siar keliling bandar dan tunjukkan beberapa tempat kegemaran saya.”
“Saya sukakannya,” Anya menjawab, tonanya perlahan. Adakah Encik Jones mempunyai perasaan untuk Ana atau untuk dirinya, Anya? Dia tiba-tiba dipenuhi dengan perasaan ragu-ragu dan ia membuatnya sakit. Ana tidak tahu apa yang dia patut atau tidak patut lakukan. Bagaimana kalau dia memulakan sesuatu dengannya dan merosakkan kehidupan Ana dan dirinya? Bagaimana kalau dia selamanya berada dalam badan Ana? Bukankah dia patut meneroka segala kemungkinan?
“Sila selesakan diri.” Encik Jones senyum dan menghidupkan kereta. “Kita akan tiba di opera tidak lama lagi.”
Anya menggunakan itu sebagai sebab untuk berdiam diri. Dia tidak tahu untuk berkata apa-apa. Encik Jones telah memberikan Anya perkara lain untuk difikirkan, dan Anya tidak tahu apa perasaannya tentang perkara itu.

Betul kata Encik Jones. Tidak lama pun untuk tiba di opera dan Anya tidak banyak masa untuk berfikir. Dia memarkir kereta dan mereka berjalan ke pintu masuk. Pihak opera telah memberi satu petak kepada duta besar dan dia berikan kebenaran kepada pekerjanya untuk menggunakannya. Isterinya dapat tahu yang Anya ingin hadiri persembahan opera itu dan dia telah tuliskan satu surat untuk mengulangi kebenaran itu. Anya sukakan duta besar dan isterinya. Mereka baik dan bijak, dan tidak sedikit pun seperti Edward Wegner. Kenapa lah Anya tidak dapat ayah seperti duta besar itu? Pastinya lebih mudah untuk berurusan dengannya dan jauh lebih baik untuk jangka masa panjang.
Anya mengeluh.
“Kenapa?” Encik Jones tanya. Suaranya penuh kerisauan tetapi ekspresi mukanya kekal kosong.
“Tiada apa,” Anya balas dengan pantas. “Cantik sungguh petang ini, kan?”
Dia mengangguk tetapi tidak memandangnya. Tumpuannya adalah pada persekitaran mereka. Dia lihat di semua tempat kecuali Anya. Itu tugasnya. Encik Jones perlu berhati-hati dengan segala yang berlaku sekeliling Anya, dan selagi Anya tidak membuat masalah, dia boleh melakukan tugasnya dengan yakin di mana Anya berada. Anya tidak tahu banyak tentang tugas seorang pengawal, tetapi dia tidak jumpa sebarang keburukan tentang Encik Jones. Sekurang-kurangnya, belum lagi. “Cuaca baik baik sahaja. Tidak lama lagi akan sejuk.”
Anya mengerutkan hidungnya. “Saya tidak suka musim sejuk.” Dia menggigil. “Sejujurnya, saya tak suka sejuk. Salji cantik, tetapi terlalu comot dan menjengkelkan. Bukankah senang tinggal di tempat yang sentiasa hangat?”
“Saya tinggal di tempat sebegitu,” dia mula berkata-kata. “Saya dari California. Cuaca di tempat kami kebanyakan harinya baik.”
Anya tidak pernah ke Amerika, tetapi dia tidak boleh katakannya. Ana seorang berketurunan Amerika. Namun, cara ayahnya melayannya, Anya tak rasa yang Ana pernah pergi ke tempat lain selain New York. “Saya tidak pernah ke California. Pasti cantik di sana.”
“Ya,” kata Encik Jones. “Ia adalah salah satu tempat yang terbaik di dunia. Saya tak sabar untuk pulang.”
Dia lebih terbuka dari perbualan mereka sebelum ini. Bukanlah begitu banyak, tetapi dia seperti tidak mahu memberikan terlalunya banyak butiran mengenai dirinya. Menariknya, dia kelihatan selesa untuk berbuat sedemikian sekarang. “Apa yang membuatkan kamu hendak menjadi seorang pengawal?”
Dia ketawa kecil. “Saya menyertai tentera ketika umur saya 18 tahun. Mereka ajarkan segalanya yang saya tahu.” Dia terdiam sejenak. “Ini sahajalah yang saya tahu.” Kata-katanya bergumam, tetapi Anya dengarnya dengan jelas. Dia tidak menjelaskan lagi ceritanya, tetapi Anya ingin tahu lebih lagi. Tidakkah dia mahukan sesuatu yang lebih untuk hidupnya? Tidakkah dia mempunyai cita-cita sebenar? Dia perlu ingat untuk tanyakannya semua itu nanti.
Mereka tiba di pintu masuk, dan berikan nama mereka kepada penjaga pintu. Mereka telah diberikan tiket dan ditunjuk ke arah petak duta besar. Setelah mereka duduk, Anya melihat keliling ruang. Tidak banyak yang dia boleh katakan tentang semua yang hadir untuk tonton persembahan itu. Mereka semua berpakaian dengan segak sekali, dan hampir semuanya kelihatan seperti warga Jerman yang ideal, menurut Adolf Hitler. Mereka kebanyakkannya berambut perang, dan beberapa antara mereka berambut merah. Dia asyik tertanya sekiranya mungkin ada antara mereka adalah orang Yahudi dengan rambut yang diwarnakan. Mereka pastinya melakukan apa sahaja untuk bersembunyi dalam khalayak ramai. Ia membuatkan Anya berasa sakit hati memikirkan mereka harus melakukan semua itu untuk terus hidup dan dilayan sebagai manusia. Situasi itu secara keseluruhannya adalah salah, macam mana pun caranya.
Anya toleh ke arah Encik Jones. “Ceritakan sesuatu tentang diri kamu.”
Dia mengangkat keningnya, dan bibirnya terangkat sedikit. Senyuman kecilnya memberi harapan kepada Anya. Dia ingin bercerita, dan itu sahaja penting bagi Anya. “Bukankah saya sudah ceritakan?”
“Sudahkah?” Dia menyengetkan kepalanya. “Saya tak ingat.”
“Saya beritahu saya asal dari mana,” dia mengingatinya.
Anya mengibas tangannya. “Itu bukan apa-apa sangat. Saya nak kamu ceritakan sesuatu yang peribadi.” Anya dekatinya. “Sesuatu yang saya tidak boleh ketahui dari orang lain.”
Dia berpaling dari Anya dan melihat orang ramai. Adakah Anya terlalu memaksa? Dia ingin tahu lebih tentangnya, dan caranya adalah dengan tanyakannya dan desaknya untuk berbuka. Mungkin jika dia beritahu sesuatu tentang dirinya, dia akan rasakan perkara itu adil. Tetapi apa yang dia boleh katakan yang selamat? Anya ingin berjujur, jadi Anya, dan masih tidak mendedahkan bahawa dia bukan Ana. “Saya suka puisi.” Encik Jones tidak mengendahkanya. “Puisi kegemaran saya ialah oleh Tennyson.” Dia menutup matanya dan mengungkapkan bait kegemarannya dari “Maud.”
“ʻSeparuh malam aku menghela nafas,
Separuh dalam mimpi aku berdukacita,
Kebahagiaan langit awal;
Dalam keadaan tertidur aku bersedih,
Untuk tangan, bibir, mata,
Untuk perjumpaan hari esok,
Kebahagiaan ketawa gembira,
Kebahagiaan perbualan pendek.’”
Encik Jones berpaling ke arah Anya dan memandangnya seperti dia tidak pernah lihatnya. Adakah dia salah? Hatinya berdegup menanti Encik Jones untuk berkata-kata. Dia tidak sedar banyak mana dia ingin Encik Jones untuk menyukainya sehinggalah saat itu.
“Tennyson?” Dia menggelengkan kepalanya lalu mengeluh. “Saya juga suka puisi, tetapi saya lebih sukakan Keats.” Dia kemudian lakukan sesuatu yang langsung Anya tidak sangkakan. Encik Jones mendekatinya dan membisik sebaris puisi cinta oleh Keats, “ʻDemi cinta, ciumanmu, ― tanganmu, matamu menawan.’”
Anya menggigil dan tubuhnya terasa hidup. Suara seraknya membuat Anya hangat. Dia ingin bersandar padanya. Dia menoleh kepala dan bertemu mata dengannya. Ada kehangatan di situ. Dia telah tertarik kepadanya. Tidak dapat dinafikan lagi. Mereka berdua merasakan sesuatu, dan ia sepatutnya menakutkan Anya. Sebaliknya, Anya penuh dengan keinginan.
Mereka terpesona dengan satu sama lain, dan mantra itu tidak putus sehinggalah lampu dimalapkan dan langsir dinaikkan. Ketika itu pun, mereka masih tidak berpaling sehinggalah nota pertama opera itu mengisi teater. Anya memaksa dirinya untuk berpaling darinya dan ke arah pentas. Jika tidak, dia pasti telah menciumnya, dan itu tidak akan berakhir dengan baik. Mereka berada di tempat awam, dan dia sudah bertunang. Edward Wegner pastinya akan pancung kepalanya jika dia merosakkan reputasi anaknya. Anya mengambil nafas yang dalam dan paksa dirinya untuk memberi tumpuan, Mungkin, nanti, apabila mereka berduaan di tempat yang sunyi, Anya akan meneroka segalanya. Sekarang bukan masanya, tetapi nanti, dia berjanji dengan dirinya.
Бесплатный фрагмент закончился.
Начислим
+11
Покупайте книги и получайте бонусы в Литрес, Читай-городе и Буквоеде.
Участвовать в бонусной программе