Adiwira Herby Dan Smarty Si Musang

Текст
0
Отзывы
Читать фрагмент
Отметить прочитанной
Как читать книгу после покупки
Adiwira Herby Dan Smarty Si Musang
Шрифт:Меньше АаБольше Аа

Senarai Kandungan

  Copertina

  titolo

  copyright

  contenuto

Maria Grazia Gullo - Massimo Longo

Adiwira Herby

dan

Smarty Si Musang

Diterjemah oleh Azimah Arifin

Hak cipta © 2019 M.G.Gullo – M.Longo

Grafik dan kulit buku dicipta dan disunting oleh Massimo Longo

Hak cipta terpelihara.

ISBN Code:

ISBN-13:

Adiwira Herby dan Smarty Si Musang

Pada suatu masa dahulu ketika musim bunga, di dalam sebuah reban ayam apabila kesemua telur ayam telah menetas, sesuatu yang ajaib telah berlaku atau mungkin ianya satu perbuatan khianat?

Di tengah-tengah sekumpulan anak ayam yang berwarna kekuningan, satu gumpalan rumput sedang bergerak-gerak; tapi sebenarnya ia bukanlah hanya gumpalan rumput!

Kejadian ini adalah yang paling pelik pernah berlaku bukan sahaja di ladang malah ia tidak pernah berlaku di dalam komuniti itu! Ayam betina yang mengeram terpaksa campur tangan untuk memahami apa yang telah berlaku. Dia terpaksa mengejar gumpalan rumput itu sendiri: siapa tahu bagaimana ia boleh berada di situ, di tempat ia mengeram. Ibu ayam itu mula mengejarnya mengelilingi tempat itu sehinggalah dia terdengar ada bunyi makhluk kecil berciap-ciap.Walaupun dia adalah seekor ayam pengeram yang dihormati dan sudah mengeram untuk beberapa musim bunga, tidak pernah seumur hidup ayam betina itu melihat gumpalan rumput berciap-ciap.

Bagaimana kalau ada anak ayam yang terperangkap di dalam rumput itu?

Mungkin anak ayam yang sangat-sangat kecil…

Apabila sasaran dia sudah berada betul-betul di hadapan paruh dan ketika ia hendak mematuk, tiba-tiba kepala seekor anak ayam berwarna hijau muncul dari gumpalan rumput itu.Ibu ayam menggosok anak ayam itu dengan paruhnya dan menyedari bahawa bulu anak ayam berwarna hijau.

Tapi bagaimana dia boleh menjadi begitu kotor?

Dan di mana anak ayam itu mendapat kotoran tersebut?

Dia baru sahaja menetas dari telur dan sudah ada yang melakukan tipu helah kepadanya.

Ibu ayam itu terus meletakkan paruhnya di tengkuk anak ayam dan mengheret untuk memandikannya di dalam periuk aluminium kecil yang berada di dalam lubang di atas tanah. Periuk itu berjelaga kehitaman di sebelah luar kerana asap api namun berwarna perak dan masih bersinar di bahagian dalam.

Ibu ayam terus memandikan dan menggosok anak ayam itu, tetapi dia berasa sedih kerana warna hijau masih tidak hilang.

Anak ayam itu berseri-seri dan kemas cuma dia masih berwarna hijau.

Dan begitulah bagaimana anak ayam itu mendapat nama Herby.

Herby kelihatan sedikit kecewa dengan keadaan tersebut.Sebaik sahaja dia keluar dari rekahan kulit telur, dia telah digoncang, digoyang ke kiri dan ke kanan. Dia belum dapat merasai nikmat dilahirkan dengan mengenyangkan perutnya dengan empingan jagung.

Dia tertanya-tanya makanan lazat apakah yang chef masak.

Sebaik sahaja ibu ayam meletakkan dia di atas tanah, kaki kecilnya terus berlari sepantas kilas dan membawa dia kepada hidangan lewat malamnya.

Бесплатный фрагмент закончился. Хотите читать дальше?
Купите 3 книги одновременно и выберите четвёртую в подарок!

Чтобы воспользоваться акцией, добавьте нужные книги в корзину. Сделать это можно на странице каждой книги, либо в общем списке:

  1. Нажмите на многоточие
    рядом с книгой
  2. Выберите пункт
    «Добавить в корзину»